Daerah Beluran punya keunikannya sendiri. Jika diterokai sepenuhnya Beluran mampu menjadi destinasi baru pelancongan di Pantai Timur Sabah.
Saya telah mengenalpasti beberapa produk pelancongan, yang mana pada hemat saya, jika diberikan perhatian sepenuhnya, ianya mampu menarik pelancong baik dari luar mahupun tempatan untuk berkunjung ke Beluran.
Sebagai contoh di Kg. Bukit Besi, Beluran - produk pelancongan yang telah dikenalpasti ialah "padau kumunditi", air terjun Mandagu, amanjal, probisis monkey dan juga kelip-kelip.
Padau Komunditi
Padau Komunditi merupakan istilah bagi suku kaum Tidong Labuk yang bermaksud perahu berdiri. Ianya selalu dimainkan oleh anak-anak muda terutamanya semasa perayaan sukan air. Kelebihan padau komunditi ianya mampu untuk berdiri sehingga 45 degre.
Air Terjun Mandagu
Air terjum Mandagu punya cerita lagendanya tersendiri. Rekabentuk air terjun Mandagu menyerupai seperti sebuah kapal besar terdampar, manakala Mandagu itu sebenarnya nama seorang penduduk di Kg Bukit Besi. Beliau ini mempunyai kekuatan yang luar biasa.
Amanjal
Amanjal merupakan proses menyemai padi mengikut kaedah suku kaum Tidong Labuk. Benih padi direndam dalam air terlebih dahulu untuk beberapa hari sebelum di samai di dalam petak yang mempunyai tanah lumpur. Setelah di samai ianya ditutup dengan atap kajang. Proses seterusnya, gadong (anak padi) akan dipindah ke satu tempat sebelum proses bileot, anak pada yang sudah matang akan di pindah ke sawah padi.
Kelip-Kelip
Kalau di Kuala Selangor mereka berbangga dengan kewujudan kelip-kelip. Di Beluran juga tidak kurang hebatnya. Pengunjung berpeluang melihat kelip-kelip disepanjang perjalanan balik dari Kg Bukit Besi ke Beluran. Kehadiran kelip-kelip di sepanjang sungai Ulu Pimping, Pantai Lebar dan Ulu Kandawai amat menakjubkan. Pengalaman melihat kelip-kelip di Beluran mengimbau kembali kenangan semasa menuntut di luar negara, kilauan lampu "colour light" semasa musim Krismas. Cuma kami gagal merakamkan gambar kelip-kelip berkenaan, walaupun kami telah mencuba beberapa kali.
Saya berserta beberapa rakan di Beluran sedang berusaha mentransformasikan Beluran menjadi destinasi baru pelancongan di Pantai Timur Sabah ini.