Salah Siapa?

Monday, May 18, 2009 ·







Siapa harus dipersalahkan kalau rakyat memberontak?

Persoalan ini harus kita fikirkan bersama.

Minggu lepas semasa saya merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Beluran, para nelayan telah menyuarakan rasa sedih mereka atas tindakan keterlaluan pihak berkuasa tempatan.

Pasar ikan yang merupakan tempat mereka menjual ikan untuk menyara hidup seharian telah menimbulkan masalah kepada nelayan dan pengguna. Di jeti inilah para nelayan tradisional akan melabuhkan perahu, sementara menunggu pelanggan datang membeli ikan hasil tangkapan mereka.

Membeli ikan yang masih hidup di petak perahu, merupakan "trademark" Beluran sejak sekian lama. Walau bagaimanapun, kebanggaan kami sebagai warga Beluran telah berakhir. Pasar ikan telah di pagar dan lantai jambatan telah dibuka. Ianya adalah bertujuan agar pelanggan tidak lagi membeli ikan di perahu tapi sebaliknya membeli di atas pasar. Hak kami sebagai pembeli telah diketepikan.

Apa akan terjadi jika perkara ini tidak diatasi. Pemimpin telah berusaha untuk mendekati rakyat, rakyat diutamakan, dengan harapan agar parti pemerintah disenangi oleh rakyat. Pada pandangan saya, usaha yang dibuat oleh pemimpin kita menjadi sia-sia belaka. Pasar yang telah dipagar dan lantai jambatan telah dibuka, telah menimbulkan kesulitan kepada pengguna serta nelayan itu sendiri. Ini membuatkan rakyat akan membenci kerajaan, sindrom ini jika tidak dibendung dari sekarang, kita akan hilang kuasa. Para pengundi akan beralih sokongan. Mereka akan menghukum kita pada pilihanraya umum ke 13 akan datang. "Nau Zu Billah Min Zaliq".

Sedarlah wahai penjawat awam, jangan gara-gara nila setiti, rosak susu sebelangga. Menangis air mata darah sekalipun, tidak berguna lagi, nasi telah menjadi bubur.

0 comments:

About this blog

Wawasan dua puluh dua puluh,Satu pandangan jauh,Bukan impian malah kenyataan,Bersama kita jayakan...Berkibar terus oh benderaku,Kau kan kujunjung sepanjang waktu,Harumlah nama negara yang tercinta,Padamu tempat taat dan setia...Mari kita sambut seruan,Hadapi segala cubaan,Bangun bangsaku,Kita bersatu,Bersama mara hadapan.

Followers

Perlukah persempadanan baru kawasan Pilihanraya P.183 Beluran

Apakah lagi cadangan anda untuk memajukan Beluran

Perlukah Beluran mempunyai perkhidmatan Bank tetap?

Indiana Institute of Technology,IN USA

Indiana Institute of Technology,IN USA
Graduation Day December 1998

Gambar-Gambar Terpilih

Gambar-Gambar Terpilih