EKSPO KEUSAHAWANAN PERINGKAT P.183 BELURAN

Sunday, July 12, 2009 · 0 comments



En. Aspa A.Sani, Timbalan Ketua UMNO Bahagian & En. Mahmud Ag Hussin, Naib Ketua UMNO Bahagian antara yang hadir di majlis perasmian Ekspo Keusahawanan Peringkat P.183 Beluran.






YAB Datuk Seri Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah, menerima cenderakenangan daripada En. Rajibi Haji Aman, Pegawai Daerah Beluran semasa perasmian Ekspo Keusahawanan, Peringkat P.183 Beluran.

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Saturday, May 30, 2009 · 0 comments

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Shared via AddThis

Mengikuti Rombongan KM Sabah ke Kaamatan UPKO 2009 di Ranau

Tuesday, May 26, 2009 · 0 comments

video

Pada hari ini 23 Mei 2009 (Sabtu) saya berkesempatan menyertai rombongan YAB Datuk Seri Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah, ke acara Pesta Kaamatan UPKO 2009 yang diadakan di Dewan Masyarakat Ranau. Sebelum ke acara rasmi, rombongan bersarapan pagi di Nabalu Lodge Kundasang. YAB Ketua Menteri dan rombongan disambut oleh Presiden UPKO YB Tan Sri Bernard Dompok, Ybhg DSP Salleh Tun Said, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah dan ramai lagi.

Tilawah AL Quran Peringkat Daerah Beluran 23 Mei 2009

· 0 comments

video

Sebaik acara perasmian selesai di Ranau, saya meneruskan perjalanan ke Beluran untuk menghadiri program Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Daerah Beluran pada sebelah malamnya. Program bermula jam 8:30 malam di Dewan Serbaguna Beluran dan masjil perasmiannya disempurnakan oleh YB Datuk Haji Surady Kayong, ADUN N39 Sugut.

Seminar Bina Negara Siri 2, Kg Trusan Sugut

· 0 comments


video

Keesokannya saya meneruskan perjalanan menuju ke Terusan Sugut untuk merasmikan Seminar Bina Negara Siri 2 anjuran bersama PIBG SRK/SMK Terusan Sugut bersama Biro Tatanegara (BTN) Sabah. Saya berserta rombongan bertolak seawal 6:30 pagi dari Beluran dengan menggunakan (sewa) bot ahli PNK Beluran. Tujuan adalah untuk membantu ahli PNK Beluran mendapat sumber pendapatan sampingan. Tepat jam 9:45 pagi kami tiba di jetty Kg Terusan, Sugut. Ybhg Datuk Ibrahim Saad dan barisan kepimpinan masyarakat Kg. Terusan, Sugut menyambut kedatangan kami dengan penuh mesra.

Sekembali dari Kg Terusan Sugut saya berserta rombongan singgah sebentar ke Kg. Tetabuan untuk menziarai pusara kedua orang tua. Bacaan surah Yassin dan doa diketuai oleh Ustaz Al Fadzil Mohd Zulkiflie Abdul Rahman dari JHAEINS Beluran.

BELURAN DESTINASI PELANCONGAN BARU DI PANTAI TIMUR SABAH

Tuesday, May 19, 2009 · 0 comments

Daerah Beluran punya keunikannya sendiri. Jika diterokai sepenuhnya Beluran mampu menjadi destinasi baru pelancongan di Pantai Timur Sabah.


Saya telah mengenalpasti beberapa produk pelancongan, yang mana pada hemat saya, jika diberikan perhatian sepenuhnya, ianya mampu menarik pelancong baik dari luar mahupun tempatan untuk berkunjung ke Beluran.

Sebagai contoh di Kg. Bukit Besi, Beluran - produk pelancongan yang telah dikenalpasti ialah "padau kumunditi", air terjun Mandagu, amanjal, probisis monkey dan juga kelip-kelip.

Padau Komunditi


Padau Komunditi merupakan istilah bagi suku kaum Tidong Labuk yang bermaksud perahu berdiri. Ianya selalu dimainkan oleh anak-anak muda terutamanya semasa perayaan sukan air. Kelebihan padau komunditi ianya mampu untuk berdiri sehingga 45 degre.

Air Terjun Mandagu

Air terjum Mandagu punya cerita lagendanya tersendiri. Rekabentuk air terjun Mandagu menyerupai seperti sebuah kapal besar terdampar, manakala Mandagu itu sebenarnya nama seorang penduduk di Kg Bukit Besi. Beliau ini mempunyai kekuatan yang luar biasa.

Amanjal

Amanjal merupakan proses menyemai padi mengikut kaedah suku kaum Tidong Labuk. Benih padi direndam dalam air terlebih dahulu untuk beberapa hari sebelum di samai di dalam petak yang mempunyai tanah lumpur. Setelah di samai ianya ditutup dengan atap kajang. Proses seterusnya, gadong (anak padi) akan dipindah ke satu tempat sebelum proses bileot, anak pada yang sudah matang akan di pindah ke sawah padi.

Kelip-Kelip

Kalau di Kuala Selangor mereka berbangga dengan kewujudan kelip-kelip. Di Beluran juga tidak kurang hebatnya. Pengunjung berpeluang melihat kelip-kelip disepanjang perjalanan balik dari Kg Bukit Besi ke Beluran. Kehadiran kelip-kelip di sepanjang sungai Ulu Pimping, Pantai Lebar dan Ulu Kandawai amat menakjubkan. Pengalaman melihat kelip-kelip di Beluran mengimbau kembali kenangan semasa menuntut di luar negara, kilauan lampu "colour light" semasa musim Krismas. Cuma kami gagal merakamkan gambar kelip-kelip berkenaan, walaupun kami telah mencuba beberapa kali.


Saya berserta beberapa rakan di Beluran sedang berusaha mentransformasikan Beluran menjadi destinasi baru pelancongan di Pantai Timur Sabah ini.


video

Salah Siapa?

Monday, May 18, 2009 · 0 comments







Siapa harus dipersalahkan kalau rakyat memberontak?

Persoalan ini harus kita fikirkan bersama.

Minggu lepas semasa saya merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Beluran, para nelayan telah menyuarakan rasa sedih mereka atas tindakan keterlaluan pihak berkuasa tempatan.

Pasar ikan yang merupakan tempat mereka menjual ikan untuk menyara hidup seharian telah menimbulkan masalah kepada nelayan dan pengguna. Di jeti inilah para nelayan tradisional akan melabuhkan perahu, sementara menunggu pelanggan datang membeli ikan hasil tangkapan mereka.

Membeli ikan yang masih hidup di petak perahu, merupakan "trademark" Beluran sejak sekian lama. Walau bagaimanapun, kebanggaan kami sebagai warga Beluran telah berakhir. Pasar ikan telah di pagar dan lantai jambatan telah dibuka. Ianya adalah bertujuan agar pelanggan tidak lagi membeli ikan di perahu tapi sebaliknya membeli di atas pasar. Hak kami sebagai pembeli telah diketepikan.

Apa akan terjadi jika perkara ini tidak diatasi. Pemimpin telah berusaha untuk mendekati rakyat, rakyat diutamakan, dengan harapan agar parti pemerintah disenangi oleh rakyat. Pada pandangan saya, usaha yang dibuat oleh pemimpin kita menjadi sia-sia belaka. Pasar yang telah dipagar dan lantai jambatan telah dibuka, telah menimbulkan kesulitan kepada pengguna serta nelayan itu sendiri. Ini membuatkan rakyat akan membenci kerajaan, sindrom ini jika tidak dibendung dari sekarang, kita akan hilang kuasa. Para pengundi akan beralih sokongan. Mereka akan menghukum kita pada pilihanraya umum ke 13 akan datang. "Nau Zu Billah Min Zaliq".

Sedarlah wahai penjawat awam, jangan gara-gara nila setiti, rosak susu sebelangga. Menangis air mata darah sekalipun, tidak berguna lagi, nasi telah menjadi bubur.

Santai di Telupid

Sunday, May 17, 2009 · 0 comments

Memantapkan ekonomi rakyat menjadi agenda utama. Ku cuba menerapkan betapa pentingnya ekonomi dalam kehidupan seharian kita. Budaya meminta dan mengharap ikhsan pemimpin harus dihapuskan bermula dari sekarang.

Dalam merealisasikan impian ini, satu program mesra rakyat bersama akar umbi telah diadakan. Kali ini saya memilih daerah Telupid. Kewajarannya setelah habis persidangan UMNO peringkat bahagian Oktober tahun lalu, saya tidak berkesempatan menemui para perwakilan dari cawangan Telupid. Alhamdullillah, hari ini saya berkesempatan bertemu mereka.

Dalam rangka kunjungan ringkas, saya telah diaturkan untuk melihat potensi pelancongan yang boleh dikembangkan di daerah Telupid ini seperti Air Terjun Kaporun. Masalah, untuk sampai ke puncak mengambil masa sekitar 3 jam perjalanan-menyusur batu sungai dan mendaki bukit yang agak tinggi. Perjalanan amat memenatkan.

Selepas itu, acara diteruskan dengan acara santai. Rombongan mengadakan perkelahan di tepi sungai. Sampai saja di kawasan tersebut, kepenatan yang dirasai tadi hilang dengan sendirinya. Pemandangan semulajadinya yang mempersonakan dan bunyi air sungai yang mengalir tenang, membuat saya dan rombongan lupa akan keperitan yang baru dilalui sebentar tadi.

Santai bersama penyokong di peringkat akar umbi dapat memantapkan hubungan dikalangan ahli UMNO itu sendiri dan yang penting dapat release tension. Mantap hubungan dikalangan kita akan mementapkan parti.



video

Si Anai-Anai yang berkuasa

Thursday, May 14, 2009 · 1 comments






Baru-baru ini saya telah berkesempatan melawat Surau Kg. Kokos, Beluran. Saya agak terperanjat bagaimana mahluk halus, si anai-anai, mampu menakluki sebuah rumah ibadah. Kekuatan si anai-anai tiada bandingnya, sehinggakan pihak berkuasa gagal untuk menangani masalah surau ini.

Surau ini hanya ibaratkan retak menanti belah, hanya menunggu masa saja untuk menyembah bumi, dalam erti kata lain "tidak selamat untuk digunakan". Ya Allah, Ya Tuhanku, janganlah rumah suciMu ini rebah menyembah bumi, bukakanlah hati para pemimpin baik di peringkat daerah mahupun di peringkat atasan, agar mereka prihatin dan peka terhadap permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam di kawasan Beluran ini.

Kami perlukan pembelaan. Jangan surau ini kelak jadi bahan ketawa dan ejakkan pihak tertentu, yang mengatakan pemimpin Islam di Sabah ini gagal menunaikan tanggungjawab mereka dalam menjaga soal kebajikan umat Islam.

Najib lakukan lawatan Pertama selepas menjadi PM Malaysia

Friday, May 8, 2009 · 0 comments





Slogan turun padang yang disarankan oleh YAB PM amat bertepatan sekali dengan kehendak dan senerio politik masa kini. Turun padang dan rakyat diutamakan merupakan satu pendekatan yang amat wajar sekali untuk memenangi hati rakyat. Era zon selesa (comfort zone) untuk wakil rakyat sudah berlalu & berakhir, kesemua wakil rakyat BN harus action oriented. Pendekatan mesra rakyat harus selari dengan pendekatan pemimpin harus disenangi dan disayangi dan bukannya ditakuti.

Kesemua kepemimpinan BN di segenap lapisan peringkat harus berkerja bermula dari sekarang, sekiranya inginkan BN berjaya dalam pilihanraya umum ke 13 akan datang ini. Kini rakyat bijak menilai prestasi pemimpin dan telah bosan kepada pemimpin yang suka menabur janji kosong, banyak bercakap tapi kurang bekerja.

Sindrom ini amat merbahaya dan harus dibendung dari awal, agar barah yang melanda pada pilihanraya umum ke 12 lalu tidak berulang lagi. Marilah kita sama-sama mendokong gegasan YAB PM agar Malaysia terus cemerlang, gemilang dan terbilang dibawah panji-panji Barisan Nasional.

video

Turun Padang 2

· 0 comments






































Pada minggu ini saya telah balik ke Beluran untuk memenuhi undangan merasmikan Mesyuarat Agong PNK Beluran Ke 5 dan menghadiri mesyuarat Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Daerah Beluran dan juga Mesyuarat Jawatankuasa Sukan Sabah (SAGA) Peringkat Daerah Beluran.
Saya amat bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana telah diberikan kesihatan badan dan kelapangan masa untuk saya memenuhi undangan dan dapat menghadiri mesyuarat tersebut. Sebagai warga Beluran saya berbanggan dapat menyumbangkan masa dan tenaga saya untuk sama-sama memajukan Beluran baik dari segi ekonomi, agama mahupun sukan.

Transformasi Nelayan Mampu Tingkatkan Ekonomi Nelayan

· 0 comments

Ahli-ahli Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Beluran perlu keluar dari kepompong lama, daripada nelayan tradisonal kepada nelayan yang berdaya maju tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan selama-lamanya.


Transformasi ini mampu meningkatkan sosio-ekonomi ahli nelayan itu sendiri. Apa yang penting keinginan para nelayan itu sendiri untuk maju, berani menyahut cabaran yang disarankan oleh kerajaan. Kerajaan melalui LKIM telah menyediakan berbagai bentuk insentif dan dana khusus untuk nelayan bergerak maju selari dengan kehendak masa kini.

Menjelang tahun 2048, populasi ikan di dasar laut akan berkurang akibat sifat rakus setengah pihak yang tidak bertanggungjawab, untuk mengaut keuntungan dengan cara pintas. Aktiviti ini menimbulkan kerisauan kita. Untuk mengatasi masalah ini, para nelayan tradisional harus menyiapkan diri dengan kaedah menternak ikan dalam sangkar.

Turun Padang Part 1

Monday, May 4, 2009 · 0 comments


video

Sebagai menyahut seruan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, setiap pemimpin diwajibkan turun padang, rakyat menjadi keutamaan, masalah harus diselasaikan, telah mendorong saya untuk terus memberikan perkhidmatan di peringkat akar umbi.

Misi utama saya turun padang kali ini adalah untuk melihat potensi pelancongan yang terdapat di daerah Beluran. Telah menjadi idaman saya untuk menjadikan Beluran sebagai salah satu distinasi pelancongan baru bagi daerah Sandakan mahupun Pantai Timur Sabah.

Hasil tinjauan singkat saya ke tempat-tempat yang menarik di sekitar daerah Beluran, saya mendapati Beluran mampu menjual produk pelancongannya sendiri sekiranya diurus selia dengan betul dan sistematik.

Paparan video yang saya rakamkan ini menunjukkan potensi pelancongan yang ada di Beluran. Sebagai contoh para pelancong boleh mengikuti aktiviti harian nelayan seperti menaiki bot tunda, menangkap & mengasingkan hasil tangkapan laut, memasak dan menikmati jamuan makan tengah hari diatas bot tunda. Pengalaman ini sungguh menakjubkan.

Kesemua paparan video ini sekiranya diterjemahkan menjadi satu kenyataan, akan menjana ekonomi masyarakat setempat. Apa tidaknya, limpahan rezeki hasil ledakan ekonomi ini akan memberikan kesan yang positif dalam kehidupan seharian masyarakat setempat. Rakyat senang, pemimpin juga senang.

Kepada mereka yang inginkan pengalaman baru, bolehlah menghubungi saya untuk keterangan lanjut.

Majlis Doa Kesyukuran di Kediaman TPM

· 0 comments

Menghadiri Majlis doa kesyukuran di Kediaman TPM...Tahniah!

Kenangan Lawatan Sambil Belajar Bersama Deligasi

Saturday, April 11, 2009 · 0 comments

video

Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Beluran Tahun 1430H/2009M

Sunday, January 4, 2009 · 0 comments


Hujan yang turun sejak malam sebelumnya sehinggalah pada keesokkan hari pelancaran sambutan maal hijrah yang diadakan pada 3 Januari 2009 sedikitpun tidak melunturkan semangat hijrah.




Walaupun persediaan dan kehadiran para hadirin tidaklah sepertimana yang dirancang, kerana sesungguhnya kita hanya mampu merancang tetapi ketentuan sesuatu itu telah ditentukan oleh Allah Yang Maha Esa, namun acara tetap dijalankan dalam keadaan kesederhanaan.

Majlis perhimpunan sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Beluran Tahun 1430H/2009M, majlis perasmiannya disempurnakan oleh YB Datuk Hj Mohd Ariffin Hj Mohd Arif, Pengerusi SEDCO Negeri Sabah. Untuk menyerikan sambutan berkenaan, pihak penganjur telah mengundang penceramah khas daripada Medan, Indonesia, Drs. Sahrinul Azhar.

Selain daripada ceramah agama, para hadirin juga dihiburkan dengan persembahan lagu-lagu nasyid. Acara kemuncak ialah penyampaian Anugerah Maal Hijrah 1429H/2008M. Pemilihan tokoh pada tahun ini mengambilkira penglibatan konsisten yang telah ditunjukkan semenjak 2006 lagi, sehingga menjadikan Badan Dakwah Daerah Beluran yang TERAKTIF dalam kegiatan dakwah islamiah di negeri Sabah.

Antara kegiatan yang dipelopori ialah mengadakan majlis berbuka puasa dan sholat sunnat terawih, memberi bantuan kepada mangsa kebakaran di Kg. Keniogan & mangsa banjir di Daerah Kecil Paitan, bantuan kepada kanak-kanak kurang upaya (OKU) dan banyak lagi.

Tokoh Maal Hijrah 1429H/2008M ialah Sdra Mahmud bin Ag Hussin, Timbalan Pengerusi Badan Dakwah Beluran yang juga Naib Ketua Bahagian UMNO P.183 Beluran. Dalam ucapan ringkas beliau, beliau amat bersyukur ke hadrat Allah SWT diatas pengiktirafan yang diberikan. Sesungguhnya sumbangan yang dihulurkan adalah semata-mata untuk kejalan Allah. Dengan adanya anugerah ini akan menjadi motivasi kepada rakan-rakan yang berkemampuan, untuk mengerjakan kerja-kerja amal untuk kebaikan kita semua.

Antara pemimpin yang hadir ialah YB Datuk Ronald Kiandee, Ahli Parlimen P.183 Beluran yang juga merangkap Timbalan Speaker Dewan Rakyat.




video

About this blog

Wawasan dua puluh dua puluh,Satu pandangan jauh,Bukan impian malah kenyataan,Bersama kita jayakan...Berkibar terus oh benderaku,Kau kan kujunjung sepanjang waktu,Harumlah nama negara yang tercinta,Padamu tempat taat dan setia...Mari kita sambut seruan,Hadapi segala cubaan,Bangun bangsaku,Kita bersatu,Bersama mara hadapan.

Followers

Perlukah persempadanan baru kawasan Pilihanraya P.183 Beluran

Apakah lagi cadangan anda untuk memajukan Beluran

Perlukah Beluran mempunyai perkhidmatan Bank tetap?

Indiana Institute of Technology,IN USA

Indiana Institute of Technology,IN USA
Graduation Day December 1998

Gambar-Gambar Terpilih

Gambar-Gambar Terpilih