Sejuk mata memandang, melihat pecahan ombak menghempas diri di pantai. Ramai pengunjung berada di persisiran pantai hanya sekadar untuk surfing.
Kami berkesempatan melakukan scenic tour semasa berada di Brisbane. Tugasan ini telah dilaksanakan oleh Mr. John Donaldson, seorang Personal Tour yang cukup berpengalaman dan berpengetahuan. Tanya saja tentang AUSTRALIA, pasti anda tidak akan kecewa, anda akan mendapat jawapannya. He knows everything. His hospitality, 1st class. Kalau para pembaca ingin ke Brisbane, boleh menggunakan khidmat beliau.
Pada malam sebelumnya, Mr. John telah membawa kami ke Australian Outback Spectacular-An Evening Dinner Show Filled With Outback Music, Drama & Action. Acara ini diadakan di Gold Coast, Brisbane. Program ini memang cukup mengasyikkan, dengan sound systemnya yang cukup canggih, kepakaran teknikal mereka yang cukup tinggi, dimana sebuah helikopter boleh berligar didalam dewan - seperti keadaan sebenar pemilik ladang menggunakan helikopter untuk menggumpul binatang ternakan mereka ke kandang.
Keesokkan malamnya kami menikmati makan malam di Gimbaro Restaurant. Tempahan dibuat oleh Mr. John. Restoran ini memang cukup terkenal dengan mud crabnya dan produk sea food yang lain. Masalahnya kalau tiada reservation, alamat kebulur lah pada malam tersebut. Itulah kelebihan Gimbaro Restaurant. Walaupun harganya agak mahal, tapi jika berkesempatan dimasa akan datang, sudah pasti GR tersenarai dalam itenary perjalanan.
Brisbane Personal Tour
Lawatan ke Ladang Ternakan Kambing BOER, Australia
Seperti kelazimannya pada setiap tahun pihak pengurusan COREJUTA Sdn Bhd akan mengadakan pemeriksaan ternakan haiwan ke Australia seperti mana yang tersurat dalam kontrak jabatan. Tujuan pemeriksaan ialah untuk mempastikan ternakan yang dibekalkan mengikut justifikasi yang telah ditetapkan.
Pada tanggal 29 Mei 2008, kami telah menuju ke Ladang Ternakan Kambing BOER yang terletak di Miles, Brisbane Australia. Perjalanan menuju ke ladang berkenaan mengambil masa kira-kira 5 jam lebih. Setiba rombongan kami di ladang tersebut, kami disambut mesra oleh pemilik ladang bersama isteri beliau. Antara ahli rombongan kami terdiri daripada Datu Basrun, General Manager KPD dan Sdra Willibroad, Group Manager (Livestock) KPD.
Apabila melihat ternakan yang telah kami tempah sebelum ini, telah diletakkan di satu fedlot yang berasingan, siap sedia untuk diperiksa, berada dalam keadaan yang sihat, membuatkan keletihan semasa dalam perjalanan menuju ke ladang tersebut telah hilang.
Semasa kami berada di ladang tersebut, keadaan ladang agak becak, akibat hujan yang telah turun sebelum ini, membuatkan pergerakkan kami untuk meneliti secara terperinci keadaan kambing agak terbatas. Walau bagaimanapun, kami gahkan juga keazaman kami untuk memeriksa ternakan tersebut, alhamdullillah kesemua ternakan tersebut berada dalam keadaan "tip top condition".
Keesokkan paginya, kami sekali lagi dibawa ke ladang berkenaan. Cuaca tenang tetapi agak sejuk. Ketika itu kami berkesempatan melihat kesemua ternakan kambing termasuk bebiri yang terdapat di ladang berkenaan dan bagaimana mereka mengendalikan proses pemilihan ternakan mengikut kehendak pelenggan dan sebagainya. Setelah kami benar-benar berpuas hati dengan ternakan yang dibekalkan, kami meninggalkan ladang dengan satu kepuasan iaitu ternakan yang dibekalkan memang memenuhi kriteria jabatan.
Pada 4 Jun 2008 yang lalu, COREJUTA Sdn Bhd telah melakar sejarahnya tersendiri, apabila ternakan yang telah kami periksa di OZ telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dengan menaiki pesawat khas (chartered flight) daripada Brisbane, Australia. Turut berada di KKIA, Dtk Ag Sahak, Pengarah Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah berserta dengan beberapa pegawai kanan jabatan serta Datu Basrun GM KPD. Setelah proses diklirasi dengan Jab. Kastam, MAS Kargo & MAB selasai, kesemua ternakan tersebut dihantar ke MCC Penampang. Team COREJUTA Sdn Bhd berada di MCC Penampang sehingga jam 5 pagi keesokkannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me
Kenapa P.183 Beluran jadi pilihan?
Saya bercita-cita untuk menjadikan Beluran sebagai salah satu distinasi pelancongan. Untuk mencapai impian berkenaan, saya harus menceburkan diri dalam dunia perniagaan dan juga politik.
Keutamaan ialah menempatkan diri di UMNO Bahagian Beluran. Pada 23 Oktober 2008 yang lepas, cita-cita untuk berkhidmat di tanah tumpah kelahiran menjadi kenyataan.
Melalui perjuangan yang murni & ikhlas dengan mengetepikan kepentingan diri saja kita mampu meningkatkan taraf hidup sosio-ekonomi masyarakat setempat, mengujudkan peluang pekerjaan dan dapat menghalang para belia daripada berhijrah ke bandar-bandar besar.
Sokongan rakan-rakan seperjuangan, ketua-ketua cawangan, para perwakilan & isteri saya, Alinah Idrus Matakim, yang memahami erti perjuangan dan sentiasa memberikan sokongan dan dorongan, amatlah dihargai dan disanjung tinggi. Tanpa sokongan dan kerjasama anda semua, misi dan visi perjuangan sukar untuk dikecapi.
Saya bercita-cita untuk menjadikan Beluran sebagai salah satu distinasi pelancongan. Untuk mencapai impian berkenaan, saya harus menceburkan diri dalam dunia perniagaan dan juga politik.
Keutamaan ialah menempatkan diri di UMNO Bahagian Beluran. Pada 23 Oktober 2008 yang lepas, cita-cita untuk berkhidmat di tanah tumpah kelahiran menjadi kenyataan.
Melalui perjuangan yang murni & ikhlas dengan mengetepikan kepentingan diri saja kita mampu meningkatkan taraf hidup sosio-ekonomi masyarakat setempat, mengujudkan peluang pekerjaan dan dapat menghalang para belia daripada berhijrah ke bandar-bandar besar.
Sokongan rakan-rakan seperjuangan, ketua-ketua cawangan, para perwakilan & isteri saya, Alinah Idrus Matakim, yang memahami erti perjuangan dan sentiasa memberikan sokongan dan dorongan, amatlah dihargai dan disanjung tinggi. Tanpa sokongan dan kerjasama anda semua, misi dan visi perjuangan sukar untuk dikecapi.

About this blog
- Wawasan dua puluh dua puluh,Satu pandangan jauh,Bukan impian malah kenyataan,Bersama kita jayakan...Berkibar terus oh benderaku,Kau kan kujunjung sepanjang waktu,Harumlah nama negara yang tercinta,Padamu tempat taat dan setia...Mari kita sambut seruan,Hadapi segala cubaan,Bangun bangsaku,Kita bersatu,Bersama mara hadapan.
