Balik Kampung

Thursday, March 27, 2008 · 0 comments

Setelah sekian lama saya meninggalkan Beluran untuk menimba ilmu, saya telah mengambil keputusan untuk balik kampung dengan harapan agar pengetahuan dan pengalaman yang saya perolehi dapat dimanafaatkan sepenuhnya dalam saya memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk membantu masyarakat Beluran dalam menaiktaraf sosio ekonomi mereka yang mana selama ini tidak keterlaluan kalau saya katakan agak jauh tertinggal berbanding dengan penduduk lain di negeri Sabah ini.

Saya telah mengenalpasti beberapa peluang yang boleh kita majukan di daerah Beluran seperti penternakan dan juga perikanan (aquaculture). Memandangkan keluasan keseluruhan daerah Beluran telah ditanami dengan penanaman pokok kelapa sawit, maka penternakan lembu secara INTERGRASI boleh dilaksanakan. Selain itu penternakan secara FEEDLOT juga boleh diusahakan, dimana kita tidak memerlukan keluasan tanah yang begitu besar.

Penternakan ikan dalam sangkar jika diusahakan secara sistematik akan menjanjikan pulangan yang begitu baik kepada para pengusaha. Kalau selama ini aktiviti perikanan hanya tertumpu kepada nelayan yang mengusahakan secara tradisional/conservative. Cara lama ini memang tidak praktikal lagi, anjakan paradigma memang perlu diadakan dalam usaha kita memajukan industri perikanan.

Semua ini hanya akan tercapai dan menjadi kenyataan apabila saya mempunyai kedudukan dalam parti, Langkah pertama ialah mendapatkan restu daripada "Mentor" dan juga Ketua Bahagian UMNO Beluran. Saya telah menjelajah seluruh pelusuk kampung untuk memperkenalkan diri dan merai sokongan Ketua-Ketua Cawangan. Ternyata usaha saya selama ini berhasil apabila pada pemilihan perwakilan 2006, saya telah mendapat undi terbanyak dan pada pemilihan UMNO pada tahun ini saya telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan NAIB KETUA BAHAGIAN.

Sepanjang penglibatan saya dalam politik UMNO Beluran, terlalu banyak kenangan pahit dan manis yang saya lalui. Antaranya saya dianggap sebagai orang baru/orang luar, dimana kedatangan saya telah disalahtafsirkan...anggapan mereka saya akan merampas segala peluang yang ada mahupun yang bakal ujud. Berkat perjuangan yang IKHLAS, perjuangan saya telah mendapat pengiktirafan daripada para ketua cawangan dan perwakilan.

Saya juga terlibat dalam gerakan dakwah. Saya telah dilantik sebagai TIMBALAN PENGERUSI BADAN DAKWAH BELURAN. Semenjak menjawat jawatan berkenaan, saya telah berjaya menganjurkan beberapa program seperti Majlis Berbuka Puasa, Membantu Mangsa Banjir Paitan, Membantu Mangsa Kebakaran Kg Keniogan, Malam Manifestasi Kesenian dan Kebudayaan Islam Beluran, Rumah Terbuka Aidil Fitri 2007....

About this blog

Wawasan dua puluh dua puluh,Satu pandangan jauh,Bukan impian malah kenyataan,Bersama kita jayakan...Berkibar terus oh benderaku,Kau kan kujunjung sepanjang waktu,Harumlah nama negara yang tercinta,Padamu tempat taat dan setia...Mari kita sambut seruan,Hadapi segala cubaan,Bangun bangsaku,Kita bersatu,Bersama mara hadapan.

Followers

Perlukah persempadanan baru kawasan Pilihanraya P.183 Beluran

Apakah lagi cadangan anda untuk memajukan Beluran

Perlukah Beluran mempunyai perkhidmatan Bank tetap?

Indiana Institute of Technology,IN USA

Indiana Institute of Technology,IN USA
Graduation Day December 1998

Gambar-Gambar Terpilih

Gambar-Gambar Terpilih