Halatuju Perjuangan Dalam UMNO Beluran

Friday, August 8, 2008 ·

Expo Agrotek Sandakan



Keinginan untuk menebur bakti ditanah kelahiran sendiri merupakan pendorong utama kenapa saya mengambil keputusan untuk mencebur diri dalam bidang politik. Sebagai anak jati Beluran, terpahat keinginan untuk melihat Beluran maju setanding dengan daerah-daerah lain yang terdapat di negeri Sabah. Melihat potensi besar yang terdapat di dalam empat sektor utama iaitu pertanian, perikanan, penternakan dan pelancongan, saya percaya Beluran mampu meletakkan dirinya setanding dengan daerah lain di negeri Sabah.
Empat sektor utama diatas merupakan halatuju perjuangan yang cuba saya perjuangkan apabila mendapat kepercayaan memegang jawatan Naib Ketua Bahagian daripada para perwakilan semasa Mesyuarat UMNO Bahagian Beluran kelak.

Pertanian – Peningkatan kos sara hidup dan krisis kekurangan makanan seharusnya dimanafaatkan oleh kita dengan menjadikan pertanian itu satu perniagaan. Selain penanaman kelapa sawit, penanaman pokok gaharu dan getah juga perlu diberikan perhatian.

Dalam kegawatan ekonomi masakini, kempen Bumi Hijau boleh membantu meringankan bebanan sebuah keluarga. Dimana setiap tanah yang terbiar perlulah diusahakan dan ditanam dengan sayur-sayuran untuk keperluan seharian.

Penternakan – Dengan keluasan ladang kelapa sawit yang terdapat di daerah Beluran, memberikan kelebihan kepada kita untuk menternak lembu secara intergrasi (menternak lembu di ladang kelapa sawit). Konsep ini tidak memerlukan tanah persendirian untuk diusahakan tetapi hanya perlu berkerjasama dengan pemilik ladang kelapa sawit. Sistem intergrasi ini telah terbukti berjaya di Lahad Datu.

Perikanan – Mengikut kajian, pada tahun 2048, bekalan ikan di negeri Sabah akan berkurangan. Sehubungan dengan itu, kaedah menternak ikan dalam sangkar & kanvas harus diperkenalkan kepada para nelayan sebagai salah satu alternatif untuk meransang kegiatan perikanan ke tahap yang lebih effisien dan berdaya maju.

Pelancongan – Beluran juga mempunyai beberapa produk pelancongan yang boleh dikembangkan seperti air terjun, monyet belanda, kelip-kelip, ikan lumba-lumba (irrawady dolphin), beberapa taburan pulau-pulau kecil, kebudayaan dan adat resam berbilang kaum dan sebagainya, mampu menarik lebih ramai pelancong untuk berkunjung ke daerah Beluran.

Dengan pengalaman yang ada dan networking yang wujud dengan pihak tertentu, tidak mustahil untuk menterjamahkan projek ini menjadi satu kenyataan. Apa yang penting, kegigihan untuk maju dan berjaya perlu ada pada setiap individu.

Kesimpulan empat halatuju ini mampu:

Menjadikan daerah Beluran sebahagian daripada penyumbang ekonomi makro di semua bidang berkenaan, berasaskan aspirasi ekonomi dalam Koridor Pembangunan Sabah (SDC) selaras dengan Halatuju Pembangunan Negeri yang dicetuskan oleh YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Berupaya meningkatkan taraf sosio-ekonomi golongan petani, nelayan dan mereka yang berpendapatan rendah

Mengwujudkan peluang pekerjaan

Mengurangkan kadar pengangguran & penghijrahan beramai-ramai para belia ke bandar-bandar besar
Meletakkan Beluran sebagai distinasi pelancongan (program aquaculture antara produk pelancongan yang cuba diperkenalkan)

Sekian & Selamat Maju Jaya


0 comments:

About this blog

Wawasan dua puluh dua puluh,Satu pandangan jauh,Bukan impian malah kenyataan,Bersama kita jayakan...Berkibar terus oh benderaku,Kau kan kujunjung sepanjang waktu,Harumlah nama negara yang tercinta,Padamu tempat taat dan setia...Mari kita sambut seruan,Hadapi segala cubaan,Bangun bangsaku,Kita bersatu,Bersama mara hadapan.

Followers

Perlukah persempadanan baru kawasan Pilihanraya P.183 Beluran

Apakah lagi cadangan anda untuk memajukan Beluran

Perlukah Beluran mempunyai perkhidmatan Bank tetap?

Indiana Institute of Technology,IN USA

Indiana Institute of Technology,IN USA
Graduation Day December 1998

Gambar-Gambar Terpilih

Gambar-Gambar Terpilih