Halatuju Perjuangan Dalam UMNO Beluran

Friday, August 8, 2008 · 0 comments

Expo Agrotek Sandakan



Keinginan untuk menebur bakti ditanah kelahiran sendiri merupakan pendorong utama kenapa saya mengambil keputusan untuk mencebur diri dalam bidang politik. Sebagai anak jati Beluran, terpahat keinginan untuk melihat Beluran maju setanding dengan daerah-daerah lain yang terdapat di negeri Sabah. Melihat potensi besar yang terdapat di dalam empat sektor utama iaitu pertanian, perikanan, penternakan dan pelancongan, saya percaya Beluran mampu meletakkan dirinya setanding dengan daerah lain di negeri Sabah.
Empat sektor utama diatas merupakan halatuju perjuangan yang cuba saya perjuangkan apabila mendapat kepercayaan memegang jawatan Naib Ketua Bahagian daripada para perwakilan semasa Mesyuarat UMNO Bahagian Beluran kelak.

Pertanian – Peningkatan kos sara hidup dan krisis kekurangan makanan seharusnya dimanafaatkan oleh kita dengan menjadikan pertanian itu satu perniagaan. Selain penanaman kelapa sawit, penanaman pokok gaharu dan getah juga perlu diberikan perhatian.

Dalam kegawatan ekonomi masakini, kempen Bumi Hijau boleh membantu meringankan bebanan sebuah keluarga. Dimana setiap tanah yang terbiar perlulah diusahakan dan ditanam dengan sayur-sayuran untuk keperluan seharian.

Penternakan – Dengan keluasan ladang kelapa sawit yang terdapat di daerah Beluran, memberikan kelebihan kepada kita untuk menternak lembu secara intergrasi (menternak lembu di ladang kelapa sawit). Konsep ini tidak memerlukan tanah persendirian untuk diusahakan tetapi hanya perlu berkerjasama dengan pemilik ladang kelapa sawit. Sistem intergrasi ini telah terbukti berjaya di Lahad Datu.

Perikanan – Mengikut kajian, pada tahun 2048, bekalan ikan di negeri Sabah akan berkurangan. Sehubungan dengan itu, kaedah menternak ikan dalam sangkar & kanvas harus diperkenalkan kepada para nelayan sebagai salah satu alternatif untuk meransang kegiatan perikanan ke tahap yang lebih effisien dan berdaya maju.

Pelancongan – Beluran juga mempunyai beberapa produk pelancongan yang boleh dikembangkan seperti air terjun, monyet belanda, kelip-kelip, ikan lumba-lumba (irrawady dolphin), beberapa taburan pulau-pulau kecil, kebudayaan dan adat resam berbilang kaum dan sebagainya, mampu menarik lebih ramai pelancong untuk berkunjung ke daerah Beluran.

Dengan pengalaman yang ada dan networking yang wujud dengan pihak tertentu, tidak mustahil untuk menterjamahkan projek ini menjadi satu kenyataan. Apa yang penting, kegigihan untuk maju dan berjaya perlu ada pada setiap individu.

Kesimpulan empat halatuju ini mampu:

Menjadikan daerah Beluran sebahagian daripada penyumbang ekonomi makro di semua bidang berkenaan, berasaskan aspirasi ekonomi dalam Koridor Pembangunan Sabah (SDC) selaras dengan Halatuju Pembangunan Negeri yang dicetuskan oleh YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Berupaya meningkatkan taraf sosio-ekonomi golongan petani, nelayan dan mereka yang berpendapatan rendah

Mengwujudkan peluang pekerjaan

Mengurangkan kadar pengangguran & penghijrahan beramai-ramai para belia ke bandar-bandar besar
Meletakkan Beluran sebagai distinasi pelancongan (program aquaculture antara produk pelancongan yang cuba diperkenalkan)

Sekian & Selamat Maju Jaya


Mumbai, India

Wednesday, July 16, 2008 · 0 comments


















Pada 11 Julai 2008 yang lalu, saya berkesempatan berkunjung ke negara India mengikuti rombongan YB Datuk Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah. Semasa berada disana, saya bersama rombongan berpeluang bertemu tokoh korporat yang terkenal di India, En. Irfan Allana, Pengerusi Allanasons Ltd.

Allana Group ditubuhkan sejak 1865. Dalam rangka lawatan tersebut, kami telah dibawa ke ibu pejabat Allanasons Ltd, yang terletak di 113/115, M.G. Road, Fort, Mumbai, India. Dalam kunjungan tersebut, rombongan kami telah diberikan penerangan terperinci mengenai aktiviti perniagaan Allana.

Pada keesokan harinya, kami telah dibawa melawat kilang mereka "Frigorifico Allana Limited Abattior", yang terletak di Aurangabad. Untuk sampai ke distinasi yang dituju, kami menggunakan pesawat. Perjalanan mengambil masa selama 45 minit. Semasa berada disana, kami berkesempatan melihat bagaimana proses penyembelihan dijalankan, skinning, deboning dan sebagainya dijalankan. Pandangan negitif yang didengar selama ini terhakis apabila kami sendiri melihat bagaimana tahap kebersihan diutamakan bermula daripada pemilihan ternakan sehinggalah proses pemunggahan ketulan daging yang telah dibungkus dimasukkan ke dalam kontena untuk dieksport ke luar negara. Tahap kebersihan begitu tinggi sekali.

Pengajaran yang saya perolehi daripada lawatan tersebut, tiada kejayaan yang diperolehi dalam sekelip mata. Ianya memerlukan pengorbanan, kesabaran dan komitment yang tinggi. Allana mencapai tahap yang dikecapinya pada hari ini, mengambil masa selama 6 generasi. Sifat rendah diri yang dimiliki oleh beliau sendiri (Irfan Allana) membuatkan kami rasa cukup selesa dan senang sekali atas layanan yang diberikan selama kami berada disana. Pihak kedutaan Malaysia juga banyak menghulurkan bantuan semasa kami berada di Mumbai.

Dalam kesibukan kami memenuhi acara rasmi yang telah dijadualkan, kami juga berkesempatan meninjau persekitaran bandaraya Mumbai. Kesesakan lalulintasnya, kepadatan penduduk, taraf ekonomi penduduk India, kos sara hidup (harga hartanah di persisiran laut mencecah USD2,000 per sg ft dan sebagainya), membuatkan saya merasa amat bersyukur menjadi warga Malaysia.









video

23rd Sabah Dragon Boat Race

Wednesday, June 11, 2008 · 0 comments

Nama Bukit Besi begitu sinonim kepada masyarakat daerah Beluran, Sebut saja Bukit Besi, masyarakat setempat begitu kagum dengan kegigihan dan kemahiran mereka berdayung. Sejak pesta Padau Race Beluran diperkenalan, acara lumba perahu dayung telah menjadi milik mereka. Dalam erti kata lain, jadi juara baik acara lelaki mahupun wanita.
Menyedari akan "kemahiran semulajadi" yang ada pada mereka, COREJUTA Sdn Bhd telah membawa pendayung Bukit Besi untuk menyertai 22nd Sabah Dragon Boat Race pada tahun lalu. Ternyata percaturan yang dibuat tidak sia-sia, mereka mendapat tempat ketiga kategori Piala Ketua Menteri. Satu pencapaian yang seharusnya menjadi kebanggaan kepada mereka dan juga masyarakat Beluran.
Orang kuat dalam mencaturkan kejayaan ini ialah sdra Ramadan Angian. Beliau telah mengatur beberapa stretegi termasuk latihan intensif untuk mempastikan anak buahnya berada dalam keadaan cergas.
Pada tahun ini, Bukit Besi telah didaftarkan sebagai salah sebuah pasukan yang akan menyertai pertandingan perahu naga edisi ke 23, yang dijadualkan akan diadakan pada 15 Jun 2008 akan datang ini. Sama-samalah kita lihat dan tunggu prestasi mereka, sama ada pasukan yang terkenal dengan slogan "PANTANG UNDUR" ini mampu membuat kejutan lagi di kejohanan akan datang ini.
Gambar aksi mereka akan kita siarkan nanti, insyallah. Selamat Berjaya....

Brisbane Personal Tour

Monday, June 9, 2008 · 0 comments

Sejuk mata memandang, melihat pecahan ombak menghempas diri di pantai. Ramai pengunjung berada di persisiran pantai hanya sekadar untuk surfing.

Kami berkesempatan melakukan scenic tour semasa berada di Brisbane. Tugasan ini telah dilaksanakan oleh Mr. John Donaldson, seorang Personal Tour yang cukup berpengalaman dan berpengetahuan. Tanya saja tentang AUSTRALIA, pasti anda tidak akan kecewa, anda akan mendapat jawapannya. He knows everything. His hospitality, 1st class. Kalau para pembaca ingin ke Brisbane, boleh menggunakan khidmat beliau.

Pada malam sebelumnya, Mr. John telah membawa kami ke Australian Outback Spectacular-An Evening Dinner Show Filled With Outback Music, Drama & Action. Acara ini diadakan di Gold Coast, Brisbane. Program ini memang cukup mengasyikkan, dengan sound systemnya yang cukup canggih, kepakaran teknikal mereka yang cukup tinggi, dimana sebuah helikopter boleh berligar didalam dewan - seperti keadaan sebenar pemilik ladang menggunakan helikopter untuk menggumpul binatang ternakan mereka ke kandang.

Keesokkan malamnya kami menikmati makan malam di Gimbaro Restaurant. Tempahan dibuat oleh Mr. John. Restoran ini memang cukup terkenal dengan mud crabnya dan produk sea food yang lain. Masalahnya kalau tiada reservation, alamat kebulur lah pada malam tersebut. Itulah kelebihan Gimbaro Restaurant. Walaupun harganya agak mahal, tapi jika berkesempatan dimasa akan datang, sudah pasti GR tersenarai dalam itenary perjalanan.
video

Lawatan ke Ladang Ternakan Kambing BOER, Australia

· 0 comments

Seperti kelazimannya pada setiap tahun pihak pengurusan COREJUTA Sdn Bhd akan mengadakan pemeriksaan ternakan haiwan ke Australia seperti mana yang tersurat dalam kontrak jabatan. Tujuan pemeriksaan ialah untuk mempastikan ternakan yang dibekalkan mengikut justifikasi yang telah ditetapkan.
Pada tanggal 29 Mei 2008, kami telah menuju ke Ladang Ternakan Kambing BOER yang terletak di Miles, Brisbane Australia. Perjalanan menuju ke ladang berkenaan mengambil masa kira-kira 5 jam lebih. Setiba rombongan kami di ladang tersebut, kami disambut mesra oleh pemilik ladang bersama isteri beliau. Antara ahli rombongan kami terdiri daripada Datu Basrun, General Manager KPD dan Sdra Willibroad, Group Manager (Livestock) KPD.
Apabila melihat ternakan yang telah kami tempah sebelum ini, telah diletakkan di satu fedlot yang berasingan, siap sedia untuk diperiksa, berada dalam keadaan yang sihat, membuatkan keletihan semasa dalam perjalanan menuju ke ladang tersebut telah hilang.
Semasa kami berada di ladang tersebut, keadaan ladang agak becak, akibat hujan yang telah turun sebelum ini, membuatkan pergerakkan kami untuk meneliti secara terperinci keadaan kambing agak terbatas. Walau bagaimanapun, kami gahkan juga keazaman kami untuk memeriksa ternakan tersebut, alhamdullillah kesemua ternakan tersebut berada dalam keadaan "tip top condition".
Keesokkan paginya, kami sekali lagi dibawa ke ladang berkenaan. Cuaca tenang tetapi agak sejuk. Ketika itu kami berkesempatan melihat kesemua ternakan kambing termasuk bebiri yang terdapat di ladang berkenaan dan bagaimana mereka mengendalikan proses pemilihan ternakan mengikut kehendak pelenggan dan sebagainya. Setelah kami benar-benar berpuas hati dengan ternakan yang dibekalkan, kami meninggalkan ladang dengan satu kepuasan iaitu ternakan yang dibekalkan memang memenuhi kriteria jabatan.
Pada 4 Jun 2008 yang lalu, COREJUTA Sdn Bhd telah melakar sejarahnya tersendiri, apabila ternakan yang telah kami periksa di OZ telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dengan menaiki pesawat khas (chartered flight) daripada Brisbane, Australia. Turut berada di KKIA, Dtk Ag Sahak, Pengarah Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah berserta dengan beberapa pegawai kanan jabatan serta Datu Basrun GM KPD. Setelah proses diklirasi dengan Jab. Kastam, MAS Kargo & MAB selasai, kesemua ternakan tersebut dihantar ke MCC Penampang. Team COREJUTA Sdn Bhd berada di MCC Penampang sehingga jam 5 pagi keesokkannya.
video

Penternak Berjaya

Sunday, April 6, 2008 · 0 comments

video

Sabtu lepas saya berkesempatan mengunjungi ladang kambing milik En. Munawar Abd Majed yang terletak di pekan Menggatal. Walaupun baru berusia sekitar 30an beliau merupakan seorang usahawan yang berjaya dan mempunyai beberapa rangkaian perniagaan.....

Pada perjumpaan tersebut, beliau menceritakan bagaimana beliau terlibat secara serious dalam penternakan kambing fedlot ini. Dengan hanya memiliki lebih kurang 30 ekor kambing, beliau menternak ternakan tersebut secara suka-suka sahaja dan ternakan tersebut dibiarkan berkeliaran bebas di sekitar ladang ayam beliau.

Atas keprihatian dan nasihat sdra Harun Abbas, Pegawai JPHPT Sabah....Jabatan telah memberi beliau kambing sebanyak 200 ekor. Atas kegigihan dan kesungguhan beliau kini memiliki lebih 1,000 kambing. Di kandang beliau, kita boleh melihat bermacam spesis kambing seperti Bore, Jamnapari, Feral, Sennin, Bebiri dan......rusa pun ada.

Kesempatan bersama beliau merupakan satu pengalaman yang amat menyeronokkan.....Saya mendoakan agar Sdra Munawar terus berjaya dalam kerjaya beliau terutamanya dalam penternakan kambing fedlot ini...PERTANIAN ITU SATU PERNIAGAAN.

Aktiviti Anjuran Badan Dakwah Beluran

Thursday, April 3, 2008 · 0 comments

Sejak dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Dakwah Beluran, saya telah merencanakan beberapa acara keagamaan, seperti majlis berbuka puasa dan sholat sunat terawih di beberapa buah masjid/surau di kariah Labuk/Sugut, Beluran ( ada di antara distinasi yang dituju, terpaksa menggunakan bot laju...bayangkan bila balik ke Beluran, terpaksa meredah lautan yang bergelora dalam keadaan gelap gelita ). Disamping majlis berbuka puasa dan sholat sunat terawih, Badan Dakwah Beluran juga telah menghulurkan bantuan seadanya kepada fakir miskin, ibu tunggal, saudara baru dan juga anak-anak yatim. Di sepanjang bulan Ramadhan Al Mubarak juga, Badan Dakwah Beluran ada menjemput penceramah dari Kuala Lumpur, untuk memberikan ceramah agama kepada para muslimin dan muslimat di daerah Beluran.
Acara Qurban juga tidak ketinggalan dalam taqwim Badan Dakwah. Walaupun dalam keadaan hujan lebat, namun acara Qurban tetap dilaksanakan. Seramai lebih kurang 200 keluarga telah menerima agihan daging qurban. Ini membuktikan betapa komitednya Badan Dakwah Beluran dalam menegakkan syiar islamiah di daerah Beluran.
Beberapa siri ceramah keagamaan dan penganjuran seminar telah diadakan. Antaranya Kefahaman Islam Hadhari, Pengurusan Jenazah dan banyak lagi.....Badan Dakwah Beluran juga telah berjaya mengangkat martabat daerah Beluran, apabila buat pertama kalinya kumpulan nasyid El New Sahara muncul juara dalam Pertandingan Nasyid Peringkat Daerah Sandakan.


video

Menghadiri Majlis Hari Jadi YAB Datuk Ketua Menteri

· 0 comments

video

Tahniah diucapkan kepada YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dengn ucapan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran ke-57. Semoga YAB Datuk dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan oleh Allah SWT agar dapat terus memimpin negeri Sabah.

Malam Manifestasi Kesenian dan Kebudayaan Islam Beluran pada 24 Ogos 2007

· 0 comments

video

Menyedari kefahaman musikal berunsurkan Islam kurang popular dikalangan masyarakat kita, saya melalui Badan Dakwah Islam Beluran telah menganjurkan Malam Manifestasi Kesenian dan Kebudayaan Islam Beluran. Saya tidak menduga sambutan yang diberikan oleh masyarakat Beluran sangat memberangsangkan, kehadiran pada malam tersebut dianggarkan sekitar 4,000 orang penonton.

Acara pada malam tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Masidi Manjun. Beberapa acara telah diadakan seperti persembahan gambus dari Persatuan Brunei Sabah, persembahan nasyid, kompang, marhaban, pembacaan puisi dan persembahan nyanyian secara solo oleh Sdra Nazri (X Kumpulan Raihan). Penganjur juga menyediakan cabutan tiket bertuah secara percuma..Hadiah pertama...tiket kapal terbang Sandakan/Kuala Lumpur/Sandakan.

Badan Dakwah Islam Beluran merakamkan jutaan terima kasih kepada YB Datuk Masidi Manjun kerana sudi merasmikan program ini. Sekalung budi juga kami panjangkan kepada Ybhg. Datuk Ag Sahak, Pengarah Jabatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah, diatas kesudian Ybhg Datuk membenarkan Kumpulan H5N1 dan Kumpulan Gambus untuk turut serta menyerikan acara pada malam tersebut.

Balik Kampung

Thursday, March 27, 2008 · 0 comments

Setelah sekian lama saya meninggalkan Beluran untuk menimba ilmu, saya telah mengambil keputusan untuk balik kampung dengan harapan agar pengetahuan dan pengalaman yang saya perolehi dapat dimanafaatkan sepenuhnya dalam saya memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk membantu masyarakat Beluran dalam menaiktaraf sosio ekonomi mereka yang mana selama ini tidak keterlaluan kalau saya katakan agak jauh tertinggal berbanding dengan penduduk lain di negeri Sabah ini.

Saya telah mengenalpasti beberapa peluang yang boleh kita majukan di daerah Beluran seperti penternakan dan juga perikanan (aquaculture). Memandangkan keluasan keseluruhan daerah Beluran telah ditanami dengan penanaman pokok kelapa sawit, maka penternakan lembu secara INTERGRASI boleh dilaksanakan. Selain itu penternakan secara FEEDLOT juga boleh diusahakan, dimana kita tidak memerlukan keluasan tanah yang begitu besar.

Penternakan ikan dalam sangkar jika diusahakan secara sistematik akan menjanjikan pulangan yang begitu baik kepada para pengusaha. Kalau selama ini aktiviti perikanan hanya tertumpu kepada nelayan yang mengusahakan secara tradisional/conservative. Cara lama ini memang tidak praktikal lagi, anjakan paradigma memang perlu diadakan dalam usaha kita memajukan industri perikanan.

Semua ini hanya akan tercapai dan menjadi kenyataan apabila saya mempunyai kedudukan dalam parti, Langkah pertama ialah mendapatkan restu daripada "Mentor" dan juga Ketua Bahagian UMNO Beluran. Saya telah menjelajah seluruh pelusuk kampung untuk memperkenalkan diri dan merai sokongan Ketua-Ketua Cawangan. Ternyata usaha saya selama ini berhasil apabila pada pemilihan perwakilan 2006, saya telah mendapat undi terbanyak dan pada pemilihan UMNO pada tahun ini saya telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan NAIB KETUA BAHAGIAN.

Sepanjang penglibatan saya dalam politik UMNO Beluran, terlalu banyak kenangan pahit dan manis yang saya lalui. Antaranya saya dianggap sebagai orang baru/orang luar, dimana kedatangan saya telah disalahtafsirkan...anggapan mereka saya akan merampas segala peluang yang ada mahupun yang bakal ujud. Berkat perjuangan yang IKHLAS, perjuangan saya telah mendapat pengiktirafan daripada para ketua cawangan dan perwakilan.

Saya juga terlibat dalam gerakan dakwah. Saya telah dilantik sebagai TIMBALAN PENGERUSI BADAN DAKWAH BELURAN. Semenjak menjawat jawatan berkenaan, saya telah berjaya menganjurkan beberapa program seperti Majlis Berbuka Puasa, Membantu Mangsa Banjir Paitan, Membantu Mangsa Kebakaran Kg Keniogan, Malam Manifestasi Kesenian dan Kebudayaan Islam Beluran, Rumah Terbuka Aidil Fitri 2007....

Perniagaan Saya

Monday, March 24, 2008 · 0 comments

Bukan hanya berpolitik tetapi saya juga punya cita-cita untuk berjaya dalam perniagaan. Saya memilih bidang PEMBEKALAN dengan mengimport ternakan seperti kambing dan lembu pedaging daripada Australia. Sejak menceburi bidang ini, saya mendapati perniagaan ini memang mencabar. Saya amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Sabah kerana memberi peluang dan kepercayaan kepada peniaga bumiputera seperti saya untuk menceburi bidang perniagaan seperti ini....Dalam rancangan masa depan, saya ingin memiliki ladang Kambing Boer sendiri di Daerah Beluran (tu yang dalam klip tengah potong rumput...)
video

Politic Part 1

· 0 comments

video

Klip ini adalah sebahagian daripada kegiatan politik saya semasa baru memperkenalkan diri kepada Ketua-ketua Cawangan di UMNO Bahagian Beluran. Semasa lawatan saya ke kawasan mereka untuk bertanding P7 atau G7, Ketua-ketua cawangan banyak memberi sokongan padu.Syukur alhamdulillah saya menang dengan undi tertinggi...Matlamat saya selepas ini adalah untuk bertanding jawatan Naib Ketua Bahagian UMNO Beluran...

Golf

Wednesday, March 19, 2008 · 0 comments


Pukulan jauh tidak semestinya menjuarai sesuatu kejohanan, tetapi yang penting finishing game..putting mesti accurate

Lawatan Kerja Ke Darwin

· 0 comments


Berada di Ladang Donello, Darwin untuk melihat sendiri ternakan yang akan dibawa ke Sabah sepertimana dikehendaki oleh pelanggan.

Sepak Takraw 2007

· 0 comments

Setiap tahun saya menganjurkan kejohanan Sepak Takraw melalui UMNO cawangan Pekan Beluran. Tujuan kejohanan adalah untuk melahirkan modal insan terutama di kalangan belia,bersih daripada gejala kurang sihat dan terpengaruh budaya kuning...Seramai 29 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.

Berbuka Puasa Bersama Masyarakat

· 0 comments


Sebagai Timbalan Pengerusi Badan Dakwah Beluran, saya sentiasa meluangkan masa bersama ahli untuk mengadakan aktiviti. Pada setiap bulan ramadhan,kami mengadakan majlis berbuka puasa di setiap zon untuk mengeratkan sillaturahim bersama masyarakat islam, orang tua-tua dan fakir miskin.

Mangsa Banjir Di Paitan

· 0 comments


Tahun lalu syarikat saya memberi sumbangan beras kepada mangsa banjir di Paitan.
Sumbangan tersebut disalurkan melalui Pejabat Daerah Beluran dan diagihkan kepada mangsa-mangsa

Ekspidisi Politik Ke Abuan, Beluran

· 0 comments


Nie la pertama kali mendayung sampan pada tahun lepas...
kelaziman pengangkutan asas berpolitik menggunakan kenderaan bermotor tapi tidak di Beluran
Di sepanjang ekspidisi, pemandangan sungguh menakjubkan...its a virgin forest!

SIE 2004 - HE Fidel Ramos

· 0 comments


Gambar kenangan bersama HE Fidel Ramos mantan Presiden Philipine semasa beliau menghadiri Perasmian SIE 2004

Lawatan Kerja Pak Lah ke Sabah

Monday, March 17, 2008 · 0 comments



Menyambut ketibaan YAB Datuk Seri Panglima Abdullah Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke Sabah

Badan Dakwah Beluran

· 1 comments


Penyampaian sijil penyertaan kepada salah seorang peserta Seminar sehari di Dewan Islamiah Masjid Pekan Beluran

About this blog

Wawasan dua puluh dua puluh,Satu pandangan jauh,Bukan impian malah kenyataan,Bersama kita jayakan...Berkibar terus oh benderaku,Kau kan kujunjung sepanjang waktu,Harumlah nama negara yang tercinta,Padamu tempat taat dan setia...Mari kita sambut seruan,Hadapi segala cubaan,Bangun bangsaku,Kita bersatu,Bersama mara hadapan.

Followers

Perlukah persempadanan baru kawasan Pilihanraya P.183 Beluran

Apakah lagi cadangan anda untuk memajukan Beluran

Perlukah Beluran mempunyai perkhidmatan Bank tetap?

Indiana Institute of Technology,IN USA

Indiana Institute of Technology,IN USA
Graduation Day December 1998

Gambar-Gambar Terpilih

Gambar-Gambar Terpilih